Pages

Tuesday 23 July 2013

RPH ASSURE



APLIKASI MODEL ASSURE DALAM RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN
TAHUN 4

Tarikh             :          
Masa              :          
Tema              :           Malaysia Negaraku
Tajuk              :           Berbangga Dengan Identiti Negara
Subtopik        :           Simbol Malaysia (Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara)

LANGKAH-LANGKAH
RPH
A – Analise Learner
      1.    Murid tahun 4 Morsi
      2.    30 orang murid (16 lelaki, 14 perempuan)
      3.    Umur 10 tahun
      Pengalaman sedia ada: murid pernah melihat Jalur Gemilang, serta mendengar lagu Jalur Gemilang di media massa.
S – State Objectives
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
      1.    Mewarnakan Jalur Gemilang dengan betul. (L1)
      2.    Menyanyikan lagu 5 Prinsip Rukun Negara. (L2)
      3.    Mengenal simbol negara Malaysia (Jalur Gemilang). (L3)
S – Select methods, media, materials     
Kaedah: Pemerhatian, membanding beza
Media:
      ·         Komputer riba
      ·         Projektor LCD
      ·         Speaker
      ·         Muzik minus one
Bahan:
      ·         Video lagu Jalur Gemilang
      ·         Lirik lagu Jalur Gemilang
      ·         Jalur Gemilang
      ·         Lembaran tugasan mewarna Jalur Gemilang
      ·         Warkah Malaysia
      ·         Kepingan kertas berwarna (kuning, merah, hijau)
      ·         Video lagu 5 Prinsip Rukun Negara
      ·         Lirik lagu 5 prinsip rukun negara
      ·         Video Kami Anak Malaysia Cuti-Cuti Malaysia
      ·         Video Merdeka 2005 – Special Shoe
      ·         Klip Video doa belajar
U – Utilise Media, materials
BAHAN:
Set Induksi
      1.    Murid akan bersama-sama membaca doa belajar melalui klip video doa.
      2.    Murid dengan arahan guru akan melihat persekitaran kelas sama ada terdapat sampah ataupun tidak.
      3.    Murid akan diberikan lirik lagu Jalur Gemilang dan Jalur Gemilang setiap seorang.
      4.    Murid mendengar video lagu Jalur Gemilang kali pertama melalui video sambil memerhati lirik lagu.
      5.    Murid berdiri dan turut serta menyanyikan lagu Jalur Gemilang berpandukan lirik yang diberikan sambil mengibarkan jalur gemilang yang disediakan dengan sedikit gerakan badan yang ditunjuk ajar oleh guru.
      6.    Murid ditanya mengenai warna dan jumlah warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia.
Contoh : 4 warna
·         Merah
·         Kuning
·         Biru
·         Putih
Langkah 1
      1.    Murid akan mencabut cabutan kepingan kertas berwarna kuning, merah dan hijau dari kotak ajaib.
      2.    Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan (10 orang sekumpulan) iaitu kumpulan Spongebob (kertas kuning), kumpulan Patrick Star (kertas merah) dan Plankton (kertas hijau).
      3.    Individu yang mendapat kertas tertulis pangkat sarjan secara automatik dilantik sebagai ketua kumpulan.
      4.    Murid berada di dalam kumpulan masing-masing dan diberikan kertas tugasan mewarnakan Jalur Gemilang.
      5.    Murid mewarnakan Jalur Gemilang tersebut berpandukan Jalur Gemilang sebenar yang diberikan oleh guru dengan diiringi muzik.
      6.    Hasil kerja murid dikumpul untuk diberikan penarafan bintang (1 sehingga 5 bintang) dan ditampal di papan kenyataan kelas.
      7.    Murid menerima penerangan dari guru mengenai pengertian warna dan ciri Jalur Gemilang melalui Warkah Malaysia.
Langkah 2
      1.    Murid kembali berada di dalam kumpulan masing-masing dan diberikan lirik lagu 5 Prinsip Rukun Negara yang telah diubahsuai mengikut rentak lagu Ikan Kekek setiap seorang.
      2.    Murid akan dipertontonkan video nyanyian 5 Prinsip Rukun Negara yang telah diubahsuai dan guru akan mendemonstrasi cara untuk menyanyikan lagu tersebut mengikut lirik yang disediakan.
      3.    Murid akan berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu 5 Prinsip Rukun Negara dengan pergerakan bimbingan guru.
      4.    Murid ditanya apakah 5 Prinsip Rukun Negara.
Contoh jawapan :
     - Kepercayaan Kepada Tuhan
     - Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
     - Keluhuran Perlembagaan
Penutup
      1.    Murid melihat video iklan bangga akan negara (Kami Anak Malaysia Cuti-Cuti Malaysia 2009) bersama-sama.
      2.    Murid-murid dibimbing untuk merumus pelajaran berdasarkan video yang dipancarkan.
Contoh : Jalur Gemilang penting sebagai simbol Malaysia.
      3.    Murid melihat video iklan nilai murni (Merdeka 2005-Special Shoe) dan murid memberikan nilai murni yang terdapat dalam video.
Contoh : - Berusaha
               - Tidak putus asa
               - Bantu-membantu
      4.    Guru mengaitkan video nilai murni dengan topik P&P di masa hadapan.
R – Require learner participation
PENGLIBATAN MURID:
Set induksi:
      -       Murid bersama-sama membaca doa belajar melalui klip video doa.
      -       Murid mendengar video lagu Jalur Gemilang dan turut serta menyanyikan lagu Jalur Gemilang berpandukan lirik sambil mengibarkan jalur gemilang yang disediakan
      -       Murid menjawab soalan guru berkaitan warna Jalur Gemilang
Langkah 1:
      -       Murid berada di dalam kumpulan masing-masing mewarnakan Jalur Gemilang.
Langkah 2:
      -       Murid akan berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu 5 Prinsip Rukun Negara dengan pergerakan bimbingan guru.
      -       Murid menjawab soalan guru tentang 5 Prinsip Rukun Negara.
Contoh jawapan :
     - Kepercayaan Kepada Tuhan
     - Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
     - Keluhuran Perlembagaan
Penutup:
      -       Murid melihat video iklan bangga akan negara (Kami Anak Malaysia Cuti-Cuti Malaysia 2009) bersama-sama.
      -       Murid-murid merumuskan pemahaman murid berdasarkan video yang dipancarkan.
Contoh : Jalur Gemilang penting sebagai simbol Malaysia.
      -       Murid melihat video iklan nilai murni (Merdeka 2005-Special Shoe) dan murid memberikan nilai murni yang terdapat dalam video.
Contoh : - Berusaha
               - Tidak putus asa
               - Bantu-membantu
-      Guru mengaitkan video nilai murni dengan topik P&P di masa hadapan.
E – Evaluate & Revise
Penilaian pengajaran:
      -       Guru membuat refleksi terhadap kaedah, pendekatan, strategi, dan bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses P&P
Penilaian pembelajaran:
      -       Murid dapat menyebut warna Jalur Gemilang dengan betul
      -       Murid dapat menyebut 5 prinsip rukun negara
      -       Murid dapat menyatakan simbol negara Malaysia (Jalur Gemilang)

Disediakan oleh:
Mohamad Suhaidi bin Mohd Sujak (K)
Nasita binti Badurun
Nur Najmi Syamila binti Mohd Sakari
Mohamad Nizam bin Abdul Majid
Mohd Rafeeq bin Sulaiman
Sharil bin Bolong

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips