Pages

Sunday, 28 July 2013

REKA BENTUK PENGAJARAN


REKA BENTUK PENGAJARAN


Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi perkara asas berikut:
             1.       Menentukan keperluan pelajar
             2.       Menentukan matlamat dan objektif
             3.       Membina prosedur penilaian
             4.       Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
             5.       Mencuba sistem pengajaran
             6.       Menilai keseluruhan sistem

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekali gus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Berikut adalah perbandingan langkah-langkah dalam kedua-dua model tersebut;

MODEL ASSURE
Perbezaan
MODEL ADDIE
Model ini telah diperkenalkan
oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).
Pengasas
Rosset pada tahun 1987.
Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Definisi
Ada satu model desain pembelajaran.
Yang lebih sifatnya lebih generik iaitu mode.
Model ini berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran.
Fokus
Lima komponen utama yang boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang sistematik.



     1.   Analyse learner (Analisis pelajar).
     2.  State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
     3.    Select media and method (Pilih media dan kaedah).
     4.  Utilise media and method (Gunakan media dan kaedah).
     5.  Require learner response (Dapat respons pelajar).
    6.    Evaluate (Nilai bahan, kaedah dan seluruh proses pengajaran).
Jenis Peringkat
             1.       Analisis
             2.       Design
             3.       Develop
             4.       Implement  
            5.    Evaluation



MODEL ASSURE
MODEL ADDIE



No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips