CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Profesion keguruan memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-kanak untuk mencapai kemajuan yang sepenuhnya dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
- untuk memastikan hasrat sistem pendidikan kita tercapai, guru perlu memberikan perhatian yang serius terhadap keberkesanan p&p di dalam bilik darjah.
- Semua orang boleh menjadi guru tetapi tidak semua orang boleh menjadi guru yang efektif. Guru yang efektif ialah guru yang dapat:
- Menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
- Membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik.
- Menggunakan masa p&p dengan efisien.
- Ciri-ciri guru yang efektif dilihat dari 3 aspek, iaitu:
- Kualiti peribadi
- kompetensi pengajaran dan pembelajaran
- penghayatan dan amalan nilai
Kualiti peribadi
- Ciri-ciri guru yang efektif:
- Mesra, peramah, penyayang
- Tenang
- Mempunyai unsur kejenakaan (kecindan)
- Tabah dan tidak mudah putus asa
- Adil
- Kreatif
- Memberi inspirasi dan motivasi
- Empati, simpati
- Spontan
- bersemangat
- Fleksibel
Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
- Kompetensi atau kecekapan p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik murid-muridnya.
- Antara jenis pengetahuan termasuklah pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai seorang guru dan juga pengetahuan tentang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
- Kemahiran guru termasuk kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.
- Guru mempelajari perkara-perkara baru seperti membaca, hadir seminar atau bengkel berkaitan subjek
Penghayatan dan amalan nilai
- Sebagai profesional, guru hendaklah patuh kepada peraturan yang ditetapkan untuk mereka, iaitu Kod Etika Profesion Keguruan. Secara ringkas, Kod Etika Keguruan menyenaraikan prinsip seperti berikut:
- Tanggungjawab terhadap murid
- Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
- Guru juga tertakluk kepada amalan nilai seperti penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif dan patuh kepada etika profesion keguruan
Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips
No comments:
Post a Comment