Pages

Wednesday, 8 May 2013

Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah


Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah
  1. KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
  2. PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
  3. HALANGAN KEPADA MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
  4. INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
1. KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH 
  • Sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan manfaat kepada murid dan untuk menyedarkannya tentang salah laku yang ditunjukkan.
  • Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui teguran non-verbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p.
  • Kesalahan yang melibatkan perawakan murid itu sendiri perlu ditangani secara individu dengan murid tersebut.
  • Guru juga boleh mendapatkan sokongan daripada ibu bapa sebagai salah satu cara untuk menangani masalah disiplin bilik darjah.
  • Kesimpulannya, guru perlu faham bahawa dendaan atau akibat yang dikenakan hasil daripada salah laku murid bukanlah semata-mata untuk menghukum mereka sebaliknya untuk memberi pengajaran kepada mereka.
  • Murid perlu faham mengapa mereka didenda dan mengambil iktibar daripada akibat yang diterima seterusnya mengubah tingkah laku kepada bentuk yang diingini. 
Kitaran pengurusan disiplin
  1. Merancang 
    • merancang corak pengurusan disiplin berdasarkan situasi disiplin sekolah.
  2. Menyediakan pelan pengurusan, struktur organisasi, dan pendekatan yang akan digunakan 
    • menyediakan pelan bertindak, menubuhkan struktur organisasi di peringkat guru dan murid, menentukan pendekatan yang akan digunakan
    • contoh: sistem merit dan demerit, sistem peringkat kesalahan
  3. Melaksanakan dan mengurus 
    • pelaksanaan akan dibantu oleh Badan Pengawas Sekolah, PRS, unit kaunseling dan semua guru.
  4. Mengawasi dan membuat refleksi
    • laporan keberkesanan dan masalah sistem akan dibentangkan. Refleksi untuk penambahbaikan.


Kitaran Pengurusan Disiplin


2.
PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
  1. Tidak panik dan jangan bertindak melulu.
    • Guru mesti bertenang ketika mengambil sesuatu tindakan.
    • Jangan terus menghukum.
    • Selidik punca masalah.
  2. Elakkan daripada mencabar murid.
    • Elakkan bertekak dengan murid dan saling mencabar.
    • Selesaikan masalah secara baik.
    • Panggil murid secara individu.
    • Elakkan pertelingkahan di hadapan murid lain (menjatuhkan imej guru)
  3. Semak semula cara pengajaran.
    • Penggunaan strategi yang berbeza untuk kelas yang berbeza.
    • Guru mesti mengenali dan mengetahui murid sebelum memilih strategi yang sesuai untuk p&p.
  4. Jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawal secara bersendirian.
    • Sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah secara sendirian, guru hendaklah merujuk guru lain.
    • Jangan selesaikan masalah diluar kepakaran.
    • Guru tidak digalakkan melibatkan diri dengan masalah peribadi murid.
  5. Berbincang dengan guru lain yang lebih mahir.
    • Menjadikan pengurusan disiplin (yang berkesan) guru lain sebagai teladan.
    • Ambil kira persekitaran dan tingkah laku murid dalam kelas.
  6. Ikuti budaya disiplin sekolah.
    • Baca buku peraturan disiplin sekolah dan berbincang dengan pihak pentadbir sekolah.
    • Bina hubungan baik dan sentiasa bekerjasama dengan unit yang bertanggungjawab menguruskan disiplin sekolah.
    • Dapatkan nasihat daripada jawatankuasa disiplin sekolah. 
3. HALANGAN KEPADA MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

  1. Hubungan ibu bapa
    1. Punca
      • Tidak mendapat kerjasama ibu bapa
      • ibu bapa tidak percaya anak mereka melakukan masalah dalam bilik darjah
    2. Cara atasi
      • Guru perlu mengetahui prosedur tindakan disiplin dan mempunyai bukti yang kukuh
      • Bina perhubungan daripada awal dengan ibu bapa murid bagi memudahkan guru berkongsi masalah murid dengan ibu bapa
  2. Pengaruh Rakan Sebaya
    1. Punca
      • membentuk dinamika kumpulan: kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama
      • Nilai dan kepercayaan yang diamalkan oleh sesuatu dinamika kumpulan akan ditiru dan diikuti oleh rakan dalam dinamika kumpulan – akan mempengaruhi tingkah laku ahli kumpulan.
      • Pembentukan dinamika kumpulan yang mempunyai nilai-nilai negatif yang menular kepada ramai murid dalam bilik darjah akan membawa kepada masalah disiplin.
    2. Cara menangani dinamika kumpulan:
      • Melakukan kajian sosiometri untuk mengesan dinamika kumpulan.
      • Menentukan pola persahabatan:
        • Bintang – murid popular yang banyak mdpt pencalonan sebagai rakan baik dan rakan untuk melakukan aktiviti.
        • Dyad – dua org murid saling bersahabat.
        • Klik – dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai
        • Pencilan – murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilihnya sebagai sahabat
        • Singkiran – murid yang menamakan orang lain sebagai sahabat, tetapi orang lain menamakan dia sebagai sahabat yang tidak disukai.
    3. Guru membina hubungan baik dengan murid yang popular dan diterima ramai.
    4. Ahli yang berpengaruh dalam dinamika kumpulan dibentuk dengan nilai positif untuk mempengaruhi rakan lain.
    5. Guru mempunyai sikap dan nilai yang boleh diterima oleh mana-mana ahli dalam dinamika kumpulan.
    6. Bertindak balas dengan adil kepada semua murid
      • dengar masalah, idea dan pendapat murid.
  3. Keadaan persekitaran bilik darjah
    1. Punca
      • Susun atur tempat duduk tidak mengambil kira faktor persahabatan dan dinamika.
      • Guru tidak prihatin dengan sikap dan sahsiah murid.
      • Pelan bilik darjah yang kucar-kacir.
    2. Cara atasi
      • Pisahkan dinamika yang mendatangkan masalah.
      • Murid yang ada masalah penglihatan dan rendah ketinggiannya perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai.
      • Peraturan yang jelas ditampal di tempat yang sesuai.
  4. Masalah perkembangan murid
    1. Punca
      • Murid yang mempunyai masalah perkembangan fizikal, kognitif, emosi sosial dan kendiri akan menimbulkan masalah dalam bilik darjah.
    2. Cara atasi
      • Selidik latar belakang murid
      • Kaji sejarah akademik.
      • Dekati murid untuk tingkatkan keyakinan.
      • Letakkan murid dalam kelompok rakan yang boleh menyeimbangi kekurangan diri.
      • Beri peluang raih kejayaan dan perhatian
  5. Salah laku yang tidak dijangka
    1. Punca
      • Ketidakstabilan emosi
    2. Cara atasi
      • Murid yang melakukan kesalahan perlu dipisahkan tempat duduk dengan rakan.
      • Guru boleh ambil tindakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
      • Selepas kelas, guru berbincang dengan murid berkenaan 
4. INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

  1. PASTORAL CARE
    • merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya.
    • bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.
    • Murid diberikan pendidikan yang menyeluruh serta berfokus kepada pembangunan diri dan disiplin kendiri.
    • Fokus kepada pendekatan berpusatkan murid secara individu, memotivasikan murid untuk mempunyai inisiatif dan inovasi untuk medapatkan hasil yang maksimum di dalam aktiviti pembelajaran.
    • Penerapan nilai murni merentasi kurikulum.(cth: kem ibadah,kem solat)
  1. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
    • bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.
    • kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar
    • Bimbingan dan kaunseling bukanlah satu khidmat atau proses yang berbentuk arahan atau penyelesaian masalah.
    • Pembimbing atau kaunselor tidak membuat keputusan atau menyelesaikan masalah klien.
    • Pembimbing atau kaunselor hanya membantu klien mengenal pasti kekurangan dan kekuatan diri untuk membuat keputusan sendiri.
    • Dalam proses bimbingan, murid akan dibimbing untuk berubah kepada sikap yang lebih baik dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran menyelesaikan maslah dan membuat keputusan
    • Matlamat Bimbingan dan Kaunseling:
      • Mengenal Potensi Murid
      • Membina Kemahiran Pengurusan Diri
      • Kemahiran Penyelesaian Masalah
      • Pengurusan Tingkah Laku
      • Memajukan Diri Murid
      • Penilaian Kendiri 
    • Prinsip Bimbingan dan Kaunseling:
      • untuk semua murid
      • murid perlu sukarela untuk dibimbing
      • murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
      • bimbingan adalah proses pencegahan
      • penggunaan kemahiran asas bimbingan
      • bantuan menyeluruh
      • bersikap terbuka 
    • Etika bimbingan:
      1. Menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
        • Guru melayan murid secara adil tanpa mengira perbezaan jantina, budaya bangsa dan agama.
        • Sebelum sesi bimbingan, guru perlu menilai diri sendiri.
        • Guru perlu menghindari tanggapan yang stereotaip terhadap murid berdasarkan jantina, bangsa atau latar belakang murid.
        • Tanggapan negatif mempengaruhi hubungan murid dengan pembimbing. (berlaku ketidakadilan terhadap murid).
        • Guru perlu melihat murid sebagai individu yang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.
      1. Kerahsiaan Murid
        • Memastikan semua maklumat yang didapati semasa sesi bimbingan disimpan dan tidak disebarkan.
        • Kerahsiaan adalah teras utama membina kepercayaan antara murid dengan pembimbing.
        • Guru pembimbing perlu berhati-hati ketika berkomunikasi dengan guru lain.
        • Semua maklumat murid adalah rahsia dan hanya boleh dikongsi dengan pihak tertentu dan tujuan tertentu.
      1. Bertanggungjawab
        1. Pembimbing perlu sedar tentang batasan-batasan kepakaran mereka.
        2. Semasa proses membimbing, guru yang tidak mempunyai cukup keperluan dan kemahiran perlu merujuk guru lain yang lebih pakar dan berpengalaman.
        3. Pembimbing haruslah menambah ilmu sebagai pembimbing. (sertai kursus perkhidmatan berkaitan pengurusan tingkah laku dan kemahiran membimbing) 
    • Kemahiran Membimbing:
      • Maksud: kemahiran guru mendampingi dan membina hubungan dengan murid secara fizikal dan psikologi.
      • Kemahiran bimbingan akan mempengaruhi keberkesanan sesi bimbingan. (kepercayaan murid terhadap pembimbing)
      • Asas kemahiran membimbing ada 4 iaitu:
        1. kemahiran memberikan perhatian
        2. kemahiran mendengar secara aktif
        3. kemahiran berempati
        4. kemahiran menanyakan soalan
      • 1. Kemahiran memberikan perhatian:
        • Memberi perhatian sepenuhnya kepada murid.
        • Perhatian yang diberikan membuatkan murid rasa selamat, diterima dan dihormati.
        • Komponen dalam kemahiran memberikan perhatian:-
          1. Kedudukan semasa membimbing
            • sebaik-baiknya berhadapan dengan murid.
            • Jangan duduk terlalu jauh atau terlalu rapat.
          2. Kedudukan atau postur badan
            • Guru harus berada dalam keadaan relaks.
            • Berpeluk tubuh,bersandar dan menyilang kaki menunjukkan guru kurang mengambil berat.
          3. Ekspresi muka
            • Menunjukkan sejauh mana guru berminat terhadap perkara yang disampaikan.
            • Gunakan ekspresi muka yang sesuai sebagai maksud anda memahami dan menghayati perkara yang disampaikan.
          4. Tentangan mata
            • Pastikan tentangan mata dengan murid sepanjang proses bimbingan
            • Renungan mata perlulah lembut dan bukan tajam.
            • Renungan yang dalam dan berlebihan akan membuatkan murid tidak selesa.
          5. Bertenang
            • Tunjukkan sikap yang tenang dan relaks.
            • Sikap tenang menyebabkan murid berasa selesa.
      • 2. Kemahiran mendengar dengan aktif:
        • Mendengar bagi mendapatkan maklumat dan memahami perkara yang cuba disampaikan oleh murid.
        • Mesej yang disampaikan sama ada verbal/nonverbal.
        • Mendengar dengan aktif memerlukan penghayatan dan perhatian.
        • Kemahiran ini sukar dikendalikan oleh guru yang kurang pengalaman. 
        • Elemen utama semasa mendengar secara aktif:
          1. Memerhati dan memahami kelakuan non verbal murid.
            • Postur badan, pergerakan, ekspresi muka, intonasi suara, gerak balas fisiologi. (perlakuan nonverbal)
            • Guru boleh memerhatikan perwatakan fizikal murid. (contoh: tinggi, berat, kekemasan)
            • Tingkah laku nonverbal akan meneguhkan maklumat verbal murid.
            • Kadangkala perlakuan nonverbal bertentangan dengan penyampaian verbal.
          2. Mendengar dan memahami mesej-mesej verbal murid.
            • Guru pembimbing perlu mendengar penerangan murid tentang perasaan, perlakuan dan pengalaman mereka.
            • Tugas pembimbing adlah untuk membantu murid memahami dan mengenal pasti masalah yang dialami dengan jelas.
          3. Mendengar dan memahami murid di dalam konteks sebenar.
            • Masalah murid berkait rapat dengan konteks atau persekitaran di manakah murid itu berada.
            • Guru pembimbing perlu memahami siapakah murid anda dan bagaimanakah latar belakang sosial mereka.
            • Jangan membuat andaian melulu dan membuat kesimpulan secara umum.
          4. Mendengar dan membaiki salah tanggapan murid.
            • Setiap murid mempunyai tanggapan dan persepsi terhadap diri mereka, orang lain dan persekitaran mereka.
            • Cara dan persepsi murid ini perlu difahami.
            • Kadangkala persepsi murid terhadap diri dan persekitaran kurang tepat dan berbeza dengan situasi sebenar.
            • Sedarkan murid tentang salah tanggapan secara perlahan dan tidak terburu-buru.
      1. 3. Kemahiran berempati
        • ROGER (1977) Empati = keupayaan memasuki dunia murid bagi mengalami dunia murid tersebut seolah-olah situasi tersebut dialami oleh guru.
        • CARKHUFF (1972) Empati = usaha melibatkan pengalaman orang lain seolah-olah anda sebagai diri orang tersebut.
        • Melalui kemahiran ini, guru dapat mengenali permasalahan utama murid. 
        • Peringkat-peringkat empati:
          1. Peringkat 1: Guru mendengar dengan sensitif perkara yang hendak disampaikan oleh murid.
          2. Peringkat 2: Memahami situasi yang dialami oleh murid.
          3. Peringkat 3: Membantu murid menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi.
      1. 4. Kemahiran menanyakan soalan
        • Kemukakan soalan yang dapat menggalakkan murid bercerita.
        • Terdiri daripada soalan terbuka (memerlukan penjelasan lanjut. contoh soalan: apa, bagaimana) dan soalan tertutup (memberikan jawapan yang khusus. Contoh jawapan: ya atau tidak)
  1. TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
    • menggunakan prinsip peneguhan
      • tingkah laku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkah laku ditunjukkan
      • tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan berdasarkan akibat yang diberikan
      • bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
      • peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan
    • Dalam memberi peneguhan beberapa faktor perlu diambil kira seperti umur, latar belakang, tingkah laku yang ingin dibentuk, kedukaran aktiviti dan tahap kemahiran murid akan mempengaruhi keberkesanan peneguhan
    • Peringkat-peringkat peneguhan ialah:
      1. Bahan makanan
      2. Barangan
      3. Token
      4. Aktiviti
      5. Keistimewaan
      6. Pengiktirafan rakan
      7. Perakuan guru
      8. Kepuasan kendiri
    • sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
      1. sistem kontrak tingkah laku
        • suatu kontrak berstruktur yang dibentuk oleh guru dgn seorang murid atau sekumpulan murid.
      2. sistem token
        • sistem token berfungsi apabila token yang didapati ditukar dengan barangan atau aktiviti yang menyeronokkan







No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips