PELOPOR
- Jacob Kounin (1971), seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University
- Cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.
- Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
- Merangkumi semua (withiness)
- “Withiness” = kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa
- Cara guru menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin.
- Contoh: guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun dia sedang mengajar kumpulan tertentu
- Bertindih (overlapping)
- Dapat menangani lebih daripada 1 situasi dengan serentak (overlapping – pertindanan)
- Cth: ‘Aini terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Ida berhenti bercakap dan dengar jawapan Aini’.
- Kesan Gelombang (Ripple Effect)
- Teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid memberikan kesan kepada murid yang lain.
- Apabila guru memberi teguran kepada murid bermasalah pada masa yang sama, murid-murid lain akan mengambil iktibar, maka guru berjaya mengurus disiplin bilik darjah.
- Kounin mencadangkan, untuk kesan gelombang yang efektif, guru harus mempunyai 3 ciri semasa menjalankan tindakan disiplin.
- Jelas
- Kounin: Teguran yang diberikan mestilah jelas.
- Guru perlu menegur secara spesifik tindakan yang perlu diperbetulkan, elakkan teguran secara umum.
- Guru boleh menegur dengan memberikan akibat salah laku tersebut.
- Tegas
- Dalam memberikan arahan, guru harus tegas dan bernada serius.
- Nada tonasi perlu tegas dan keras.
- Serius
- Perlakuan nonverbal (mimik muka yang serius) membantu teguran atau tindakan disiplin dijalankan dengan berkesan
- Untuk memastikan keberkesanan model ini, guru harus mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa.
- Jika timbul salah laku, guru perlu memilih masa yang sesuai untuk membuat teguran yang jelas, tegas dan serius terhadap pelaku salah laku tersebut.
- Jangan melengahkan teguran, sebaiknya teguran diberikan pada masa kesalahan sedang dilakukan.
- Penting untuk guru memastikan punca salah laku.
- Kelancaran
- Aktiviti P&P yang tidak lancar, tertangguh,arahan yang tidak jelas menyumbang kepada masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
- Kounin dengan jelas menyatakan, guru harus mengelak daripada tersekat-sekat dalam proses P&P, contohnya;
- Pengajaran meleret-leret sehingga keluar daripada sukatan sebenar.
- Memberikan arahan-arahan yang tidak wajar atau tidak difahami.
- Selalu menukar-nukar tugasan.
- Penyebab kepada gangguan kelancaran P&P adalah penerangan yang meleret dan fragmentasi.
- Dalam penerangan yang meleret, guru terus menerangkan dan mengulang perkara-perkara yang telah lama difahami oleh murid-murid.
- Fragmentasi, guru memecahkan kepada beberapa bahagian kecil dalam aktiviti-aktiviti P&P, sedangkan hal ini dapat dijalankan menyeluruh oleh murid.
- Strategi mengawal tingkah laku pelajar:
- Murid sentiasa ada tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti P&P
- Strategi yang pelbagai untuk tarik perhatian dan capai objektif P&P.
- Guru dapat perhatian sepenuhnya sebelum memberi arahan atau penerangan.
- Momentum
- Keadaan
- Guru memulakan pengajaran dgn menarik perhatian murid.
- Meneruskan pengajaran dengan lancar.
- Melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap.
- Membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran hari itu secara berkesan.
- Guru memastikan murid tidak bosan dengan pengajaran.
- Aktiviti
- Dikira dari aspek:
- Minat
- Kebolehan
- Perkembangan Murid
- Aktiviti perlu mencabar & mencabar.
5 Elemen Penting |
PENILAIAN TERHADAP MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
KEKUATAN
|
KELEMAHAN
|
Fokus kepada
pengurusan kelompok
|
Masih tidak
meliputi sistem pengurusan bilik darjah sepenuhnya.
|
Tidak berunsur
hukuman
|
Tetapi masih
berlaku sebab Kounin tidak memfokuskan terhadap faktor-faktor diri murid.
Cthnya: latar
belakang, masalah luar sekolah atau personaliti mereka.
|
Menitikberatkan
variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran
|
No comments:
Post a Comment