PENGENALAN
- Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
- Model ini menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut.
- Juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yg ditetapkan.
- Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah, hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif, dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan.
- Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid daripada mendapatkan hak mereka.
GURU YANG AGRESIF
|
GURU YANG TIDAK ASERTIF
|
GURU YANG ASERTIF
|
lebih bersifat autokratik
|
menggunakan pendekatan pasif
|
jelas dengan matlamat pengurusan
|
menunjukkan kuasa
|
tidak konsisten
|
Yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan
|
tidak bertolak ansur
|
mengelirukan
|
mengambil berat dan berlaku adil kepada semua
murid
|
- Canter mencadangkan agar guru-guru membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku.
- Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini oleh murid-murid.
- Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
- Contoh: memberi galakan, beri komen positif dan memaklumkan tingkah laku baik murid kepada ibu bapa.
- Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
- Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan peru dilaksanakan.
- Hierarki disiplin ini dilaksanakan mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan.
- Setiap tindakan pembetulan dalam hierarki akan menjadi lebih serius daripada sebelumnya.
- Contoh:
- Kesalahan kali pertama – beri amaran
- kesalahan kali kedua – berdiri di belakang kelas selama 5 minit (tempoh masa terpulang kepada guru)
- Kesalahan kali ketiga/keempat – berdiri di luar kelas/telefon ibu bapa/jumpa/(mana-mana yg dirasakan sesuai)
- Kesalahan kali kelima – berjumpa guru disiplin/ guru besar.
- Tingkah laku melampau – berjumpa guru besar serta-merta.
CARA
MENGENAKAN TINDAKAN PEMBETULAN KEPADA MURID
- bertindak dengan tenang
- konsisten
- berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
- beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
- teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
- tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
LANGKAH-LANGKAH
PENERANGAN PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Penerangan peraturan
- Cara pelaksanaan peraturan
- Semak kefahaman murid
- Maklumkan tentang ganjaran
- Penerangan tentang tindakan pembetulan
- Cara tindakan pembetulan dikenakan
- Semak kefahaman murid
Langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah |
CADANGAN
CARA MENANGANI MURID YANG SUKAR DIBIMBING
- Dekati murid – raih kepercayaan
- Berikan perhatian dan keperluan yang tidak pernah didapati sebelum ini
- Cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka
CARA APLIKASI DISIPLIN ASERTIF
- Jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini.
- Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah.
- Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah.
- Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan.
- Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
- Mengorganisasi suatu perjumpaan dengan murid-murid
- Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah, dan kemudian menyuruh mereka membawa balik rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka.
- Merancang program latihan asertif dan melaksanakannya dengan secepat mungkin.
- Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan.
- Mengggunakan pujian kedekatan dengan memuji murid sedekat dengan rakan sedarjah yang bertingkah laku buruk.
- Sekiranya murid baru yang tidak mengetahui tingkah laku dajah yang diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik darjah atau melalui main peranan untuk menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Memanfaatkan
guru. Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak
pentadbir, guru hanya perlu merujuk maklumat yang sedia ada untuk menangani
masalah tingkah laku.
|
Kejayaan
mencegah murid daripada melakukan salah laku tidak boleh dianggap
keberkesanan program disiplin. Murid perlu diajar tentang kepentingan
berkelakuan baik.
|
Tindakan
ke atas tingkah laku murid dan bukan ke atas wataknya. Apabila peraturan
dilanggar, guru kuatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif.
|
Mewujudkan
persekitaran yang bersifat autoritarian di mana pelajar hanya akur kepada
kehendak guru. Murid perlu bertanggungjawab atas sebarang salah laku yang
timbul.
|
No comments:
Post a Comment