Pages

Tuesday, 7 May 2013

PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH (MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F SKINNER)


Konsep Disiplin Bilik Darjah
  • Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar.
  • Disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang baik.
  • Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, hormat-menghormati, tolong-menolong dan sentiasa berusaha membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina.
Model Modifikasi Tingkah Laku Oleh B. F. Skinner
  • Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. 
  • Beliau menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. 
  • Terdapat 2 jenis peneguhan:
    • Peneguhan positif seperti hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya. Ia bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini.
    • Peneguhan negatif seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid kembali menunjukkan tingkah laku yang yang diingini.
PENEGUHAN POSITIF
  • Berperanan untuk mengekalkan atau meningkatkan tingkah laku.
    • Contoh : komen yg membina, ganjaran dalam pelbagai bentuk.
  • Cara-cara Menggalakkan Tingkahlaku Positif:
    • Pujian dapat memperbaiki tingkahlaku pelajar
    • Berikan pujian secara sistematik, cermat, betul, efektif & ikhlas.
    • Beri peluang kepada pelajar untuk jelaskan masalah yang dihadapi mereka dan cara yang mereka gunakan untuk menyelesaikannya.
    • Beri pujian bagi peningkatan dalam pencapaian seseorang pelajar berdasarkan kemampuannya.
PENEGUHAN NEGATIF
  • Menyoal degan soalan yang relevan dan dengar jawapan. 
  • Keadaan apabila murid bertingkah laku wajar dan boleh diterima, dia tidak akan didenda.
  • Cara-cara menggalakkan tingkah laku negatif:
    • Murid-murid berada dalam keadaan tidak menyenangkan (mereka dilepaskan daripada keadaan itu apabila tingkahlaku berubah)
      • Contoh : Guru tidak membenarkan murid-murid rehat selagi murid-murid tidak duduk diam atau beratur. 
  • Peneguhan diberi dengan cara keluarkan sesuatu yang kurang menyenangkan apabila tingkah laku yang dikehendaki dilakukan.
DENDAAN
  • Skinner berpendapat bahawa denda hanya akan berkesan pada jangka masa singkat.
  • Kemudian, tingkah laku negatif akan berulang dan jika berterusan pelajar akan membenci subjek.
KELEBIHAN MODEL
  • Peneguhan senang digunakan. 
  • Mendapat hasil yang pantas. 
  • Guru dan murid berpuas hati dengan perubahan tingkah laku yang diingini melalui ganjaran.
KELEMAHAN MODEL
  • Kesannya tidak kekal lama. 
  • Murid mungkin tidak akan menunjukkan tingkah laku yang diingini apabila tiada ganjaran yang ditawarkan. 
  • Motif murid bertukar kepada mendapat ganjaran daripada unsur memperoleh pembelajaran. Murid lebih teruja mendapatkan hadiah atau pujian berbanding memperoleh ilmu/mempamerkan tingkah laku yang baik.

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips