Pages

Monday 6 May 2013

CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH


  • Profesion keguruan memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-kanak untuk mencapai kemajuan yang sepenuhnya dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
  • untuk memastikan hasrat sistem pendidikan kita tercapai, guru perlu memberikan perhatian yang serius terhadap keberkesanan p&p di dalam bilik darjah.
  • Semua orang boleh menjadi guru tetapi tidak semua orang boleh menjadi guru yang efektif. Guru yang efektif ialah guru yang dapat:
    • Menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
    • Membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik.
    • Menggunakan masa p&p dengan efisien.
  • Ciri-ciri guru yang efektif dilihat dari 3 aspek, iaitu:
    • Kualiti peribadi 
    • kompetensi pengajaran dan pembelajaran 
    • penghayatan dan amalan nilai
Kualiti peribadi

  • Ciri-ciri guru yang efektif:
    • Mesra, peramah, penyayang
    • Tenang 
    • Mempunyai unsur kejenakaan (kecindan)
    • Tabah dan tidak mudah putus asa 
    • Adil 
    • Kreatif 
    • Memberi inspirasi dan motivasi 
    • Empati, simpati 
    • Spontan 
    • bersemangat 
    • Fleksibel
Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

  • Kompetensi atau kecekapan p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik murid-muridnya. 
  • Antara jenis pengetahuan termasuklah pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai seorang guru dan juga pengetahuan tentang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
  • Kemahiran guru termasuk kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. 
  • Guru mempelajari perkara-perkara baru seperti membaca, hadir seminar atau bengkel berkaitan subjek
Penghayatan dan amalan nilai

  • Sebagai profesional, guru hendaklah patuh kepada peraturan yang ditetapkan untuk mereka, iaitu Kod Etika Profesion Keguruan. Secara ringkas, Kod Etika Keguruan menyenaraikan prinsip seperti berikut:
    • Tanggungjawab terhadap murid 
    • Tanggungjawab terhadap ibu bapa 
    • Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara 
    • Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. 
  • Guru juga tertakluk kepada amalan nilai seperti penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif dan patuh kepada etika profesion keguruan

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips