Pages

Tuesday 7 May 2013

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS



RUDOLPH DREIKURS

  • Lahir di Vienna, Austria 
  • Lepasan University of Vienna 
  • Berpindah ke US pada 1937 
  • Pengarah the Albert Alder Institutes of Chicago 
  • Beralih daripada bidang perubatan kepada kaunseling kanak-kanak dan keluarga

3 JENIS SUASANA BILIK DARJAH

  • Model ini menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid dalam menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
  • Situasi 1: Guru bersikap Autokratik 
    • Guru buat semua keputusan tanpa beri peluang kepada murid untuk beri pandangan atau bertanggungjawab
  • Situasi 2: Guru bersikap Permisif
    • Guru gagal pastikan peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pelajar dan gagal tangani salah laku pelajar.
  • Situasi 3: Guru bersikap Demokratik 
  • Guru dan murid sama-sama buat keputusan dalam mengatasi tingkah laku dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU
  1. Mendapatkan Perhatian
    • Murid buat salah laku seperti buat "lawak bodoh" untuk dapat perhatian guru (aktif) atau ganggu murid lain waktu cikgu ajar (pasif).
    • Kalau tak halang dengan betul, perlakuan ini akan berulang.
    • Gunakan reverse psychology. Contohnya, tidak layan tingkah laku negatif yang bertujuan dapatkan perhatian sebaliknya segera memuji murid tadi jika dia melakukan sesuatu yang baik walaupun sedikit.
    • Kesannya, dia akan berhenti lakukan perkara negatif untuk dapat perhatian sebaliknya buat perkara positif untuk dapatkan perhatian.
  2. Mencabar Kuasa (Konflik)
    • Guru ada kuasa untuk kekalkan disiplin bilik darjah. Kesannya akan ada murid yang rasa tertekan atau terpinggir. Kemudian murid ini akan melawan dengan mencabar kuasa tersebut dengan cara perlakuan disruptif.
    • Gunakan cara berjumpa secara individu untuk terangkan rasional tindakan guru. Elakkan lepaskan emosi terhadap murid.
    • (Konsep air vs api) jika api vs api akan jadi lagi teruk perlakuan disruptif murid tersebut.
  3. Membalas Dendam
    • Lebih kurang macam mencabar kuasa guru tetapi lebih teruk lagi kerana ia mungkin disalurkan kepada kawan, guru lain, atau sekolah dan bukannya kepada guru yang berkenaan.
    • Guru perlu peka dan kenalpasti punca dan cuba faham dan kawal emosi murid tersebut dan galakkan kawan-kawan mereka membantu.
    • Cuba fahamkan mereka dan bimbing mereka salurkan emosi negatif mereka kepada tingkah laku yang bermanfaat. kerana perbuatan mereka sama ada secara aktif atau pasif ini akan bagi kesan negatif kepada diri mereka sendiri.
  4. Mempamerkan Kekurangan
    1. Langkah terakhir murid untuk dapat "pengiktirafan". Mereka menganggap diri mereka lemah dalam semua perkara dan akan memencilkan diri dan tidak ikut serta dalam apa-apa aktiviti atau kerja kumpulan. Lebih kurang macam hilang motivasi.
    2. Guru perlu kenalpasti murid yang ada sikap ini dan cuba libatkan dia sedikit demi sedikit tanpa mengabaikan murid lain pula dan tidak terlalu ketara.
    3. Kenalpasti minat pelajar ini dan tarik mereka berdasarkan minat mereka dan bimbing ke arah matlamat yang betul.
DENDAAN
  • Bagi Dreikurs, dendaan adalah tidak patut. Ia dikatakan sebagai cara guru membalas dendam kepada pelajar. Ia juga menunjukkan kuasa mutlak seorang guru (autokratik)
  • Dendaan juga dikatakan lebih banyak membawa kesan negatif. Ia sepatutnya diganti dengan tindakan yang lebih logikal yang DIPERSETUJUI oleh guru dan murid.
  • Dreikurs mencadangkan langkah-langkah tersebut:
    1. Kenalpasti motif murid
    2. Bantu murid faham motif yang ditunjukkan 
    3. Bantu murid tukar matlamat salah kepada benar
    4. Bimbing murid bertanggungjawab atas matlamat baharu
    5. Bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya 
SUMBANGAN DREIKURS
  • Konsep: disiplin kendiri asas pembentukan persekitaran bilik darjah
  • Tokoh pertama mencadangkan amalan demokrasi dalam bilik darjah akan menyumbang kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
  • Juga yang pertama mencadangkan konsep kepunyaan terhadap bilik darjah sebagai matlamat utama yang memotivasikan sikap dan tingkah laku murid.
  • Mencadangkan guru kenalpasti matlamat murid yang salah (ada 4) kepada rasa kepunyaan (belongingness) dalam bilik darjah.
  • Mencadangkan guru perlu terlibat dalam rutin harian bilik darjah.
  • Menyatakan dendaan dan pujian adalah tidak patut (taboo). Sebaliknya beri galakan yang sesuai.
    • Contoh: "Ali, awak dapat markah tertinggi" tukarkan kepada "Ali, awak ada peningkatan yang baik dalam ujian kali ini".
    • Impaknya, murid lebih bermotivasi dan tidak meletakkan diri dalam zon selesa.

CADANGAN DREIKURS KEPADA GURU UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN MURID
  • Selalu berkomunikasi tentang perkara positif dengan murid.
  • Galak murid untuk tunjuk peningkatan, bukan kesempurnaan.
  • Kenal pasti kelemahan murid dan bincang dengannya cara atasi kelemahan.
  • Asas pembelajaran ialah belajar dari kesilapan, jadi guru perlu bantu murid untuk belajar dari kesilapan.
  • Percaya kebolehan murid dan bantu mereka hadapi cabaran.
  • Galak kerjasama antara murid.
  • Tunjuk rasa bangga terhadap hasil kerja murid dan pamerkan untuk dikongsi bersama dengan murid lain.
  • Optimis dan bersemangat.
  • Guna frasa yang memberi galakan dan motivasi.


KLIK LINK DOWNLOAD
DOWNLOAD SLIDE PRESENTATION

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips