Pages

Monday 6 May 2013

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989): persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). 
  • Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. 
  • Menurut Noriati A. Rashid et. al ( 2009): kondusif membawa maksud sesuai. 
  • Tuntasnya, persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.

1. PERSEKITARAN FIZIKAL
  • Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuki meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 
  • Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam proses P&P. 
  • Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan.
  • Persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan P&P secara tidak langsung. 
  • Aspek ini merangkumi bentuk bangunan, pokok dan bungaan serta kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan. 
  • Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. 

2. PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
  • Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. 
  • Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. 
  • Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah 

3. PERATURAN DAN DISIPLIN BILIK DARJAH
  • Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. 
  • Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan diberikan serta murid dilarang makan atau minum di dalam kelas ketika guru mengajar di dalam kelas. 
  • Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. 
  • Faktor utama dalam mengurus tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. 

4. RUTIN BILIK DARJAH
  • Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. 
  • Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain.
  • Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. 

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
  • bersih
  • ceria
  • teratur
  • tarik perhatian pelajar
  • motivasikan pelajar
  • lengkap dengan bahan bantu mengajar
  • ada ruang untuk tingkatan potensi pelajar  

CIRI-CIRI IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
  • Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya.
  • Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
  • Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
  • Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. 
  • Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.
  • Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
  • Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips