Pages

Monday 6 May 2013

PENGURUSAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

PENGURUSAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

Pentaksiran
 
Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. Murid terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai. Pentaksiran yang tidak efisien pula boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati murid, kurangkan motivasi murid, dan mungkin menjadi punca berlakunya masalah tingkah laku oleh murid.

Proses Pentaksiran

  1. Pengukuran
    • Penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian individu.
  2. Penilaian
    • Proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran

Ciri Pentaksiran Yang Berkesan

  1. Kesahan
    • Sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya
  2. Kebolehpercayaan
    • Merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.

Bentuk Pentaksiran

  1. Formatif
    • Sebelum dan semasa pengajaran.
    • Bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai.
  2. Sumatif
    • Dilaksanakan hujung semester atau penggal.
    • Untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil.

Proses Penyediaan Ujian dan Peperiksaan
  • Kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester.
  • Tarikh ujian dan peperiksaan
  • Menggubal soalan ujian
  • tempoh masa setiap ujian
  • ujian atau peperiksaan mestilah adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar.
  • Soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan.
  • Bincang dengan guru mata-pelajaran yang lain.
  • Murid dimaklumkan tentang ujian supaya dapat membuat persediaan awal.
  • Biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan

Langkah Mentadbir Ujuan dan Peperiksaan
  • Sediakan persekitaran selesa.
  • Benarkan murid masuk awal ke tempat ujian dan mengambil tempat duduk masing-masing.
  • Murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. Masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan peperiksaan.
  • Mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan.
  • Pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid.


DOWNLOAD SLIDE PERSENTATION
Slide presentation Pengurusan Pentaksiran dalam bilik darjah

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips