Pages

Tuesday 7 May 2013

MODEL TERAPI REALITI

MODEL TERAPI REALITI

PENGENALAN
  • Diperkenalkan oleh William Glasser
  • Isu : pendidikan dan disiplin
  • Asas utama:
    • setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat
    • Keperluan asas mereka
  • Menekankan:
    • Tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi
    • Empat keperluan psikologi asas:
      1. Kasih sayang 
      2. Kuasa dan kawalan 
      3. Kebebasan 
      4. Keseronokan 
  • Kurikulum dan pengajaran berfokus kan kepada keperluan asas 
  • Guru mengutamakan kualiti di dalam pengajaran, pembelajaran dan kurikulum
KEPERLUAN PSIKOLOGI ASAS

  1. Kasih sayang
    • Sebahagian daripada komuniti dalam bilik darjah
    • Persekitaran bilik darjah yang demokratik
    • Guru prihatin dan mengambil berat
  2. Kuasa dan kawalan
    • Menguruskan diri dan persekitaran bilik darjah
    • Peluang membuat pilihan terhadap aktiviti di dalam bilik darjah – kecenderungan dan kebolehan(tahap perkembangan)
  3. Kebebasan  
    • Diberikan berdasarkan keupayaan murid 
    • Menentukan matlamat hidup 
    • Membuat keputusan - bertanggungjawab atas tingkah laku/pilihan 
  4. Keseronokan 
    • Mencari keseronokan – tingkah laku 
    • Mempelbagaikan strategi dan kaedah P&P – Berpusatkan murid
MODEL TERAPI REALITI

  • Teknik kaunseling – membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar pada masa akan datang
  • Kaedah membantu individu – merangka kehidupan sendiri, membuat pilihan-pilihan yang sesuai dan tepat serta membina kekuatan diri untuk menghadapi masalah-masalah dalam kehidupan seharian
  • Fokus utama : Individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri 
  • Idea utama : Individu berhak memilih tingkah laku / corak hidup yang boleh memenuhi empat keperluan asas 
  • Kesimpulan : Membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan 
LANGKAH-LANGKAH GURU

  1. Bantu murid - kenal pasti akibat daripada tingkah laku
  2. Pastikan akibat - realistik dan dikenal pasti sendiri oleh murid
  3. Kemukakan pelan perancangan - membantu murid mengurus tingkah laku
  4. Bertindak sebagai pembimbing murid/kaunselor – mendengar , membantu dan melaksanakan 
KURIKULUM YANG BERKUALITI

  • Dirangka untuk memenuhi keperluan murid
  • Meningkatkan mutu pendidikan – belajar sesuatu yang menyeronokkan dan berguna
  • Bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka topik yang di ajar 
CARA GURU MENINGKATKAN GURU MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN
  • Kenali murid dan bantu murid kenali guru – bilik darjah yang kondusif
  • Guru bersifat pembimbing – galakan kepada murid
  • P&P berkait dengan kehidupan seharian – kaitan topik dan pengalaman murid
  • Beri galakan – bimbing dan bantu murid untuk melakukan yang terbaik
  • Peluang untuk murid menilai kerja sendiri – menyedari kelemahan dan memperbaiki 
CIRI GURU PEMBIMBING

  • Memahami murid – memotivasikan murid
  • Menyediakan aktiviti yang P&P yang menyeronokkan
  • Berbincang dengan murid – topik pembelajaran
  • Menggalakkan murid meneroka P&P – Pengajaran dengan lebih mendalam
  • Menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan - membantu murid belajar
  • Menunjukkan kaedah yang terbaik - mendapatkan hasil pembelajaran maksimum 
TABIAT BURUK GURU

  • Suka mengkritik
  • Suka mencari kesalahan murid
  • Kuat merungut
  • Mengugut
  • Kuat berleter
  • Suka mendenda dan kerap memberi ganjaran 
 TABIAT BAIK GURU

  • Mengambil berat
  • Mendengar
  • Menyokong
  • Membantu
  • Menggalakkan
  • Saling percaya dan mesra 
CIRI BILIK DARJAH YANG BERKUALITI

  • Tabiat –tabiat baik
  • Mesej – Jelas dan realistik
  • Bina hubungan dengan murid – Hubungan mesra
  • Peraturan kelas – Bincang bersama
  • Elakkan daripada menggunakan kawalan luaran - mendenda
  • Pengetahuan
  • Kompetensi murid
  • Kualiti P&P – Galakkan untuk meningkatkan
  • Penilaian secara berterusan
  • Kefahaman murid dan penggunaan ilmu

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips