Pages

Tuesday 7 May 2013

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER 

PENGENALAN
  • Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
  • Model ini menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut.
  • Juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yg ditetapkan.
  • Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah, hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif, dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. 
  • Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid daripada mendapatkan hak mereka.
3 JENIS GURU DALAM MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER


GURU YANG AGRESIF
GURU YANG TIDAK ASERTIF
GURU YANG ASERTIF
lebih bersifat autokratik
menggunakan pendekatan pasif
jelas dengan matlamat pengurusan
menunjukkan kuasa
tidak konsisten

Yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan
tidak bertolak ansur
mengelirukan

mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

  • Canter mencadangkan agar guru-guru membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku.
  • Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini oleh murid-murid.
  • Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
  • Contoh: memberi galakan, beri komen positif dan memaklumkan tingkah laku baik murid kepada ibu bapa.
HIERARKI TINDAKAN PEMBETULAN CANTER

  • Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
  • Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan peru dilaksanakan.
  • Hierarki disiplin ini dilaksanakan mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan.
  • Setiap tindakan pembetulan dalam hierarki akan menjadi lebih serius daripada sebelumnya. 
  • Contoh:
    • Kesalahan kali pertama – beri amaran
    • kesalahan kali kedua – berdiri di belakang kelas selama 5 minit (tempoh masa terpulang kepada guru)
    • Kesalahan kali ketiga/keempat – berdiri di luar kelas/telefon ibu bapa/jumpa/(mana-mana yg dirasakan sesuai)
    • Kesalahan kali kelima – berjumpa guru disiplin/ guru besar.
    • Tingkah laku melampau – berjumpa guru besar serta-merta.


CARA MENGENAKAN TINDAKAN PEMBETULAN KEPADA MURID 
  • bertindak dengan tenang
  • konsisten
  • berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
    • beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
    • teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
    • tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa


LANGKAH-LANGKAH PENERANGAN PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
  1. Penerangan peraturan
  2. Cara pelaksanaan peraturan
  3. Semak kefahaman murid
  4. Maklumkan tentang ganjaran
  5. Penerangan tentang tindakan pembetulan
  6. Cara tindakan pembetulan dikenakan
  7. Semak kefahaman murid
Langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah

CADANGAN CARA MENANGANI MURID YANG SUKAR DIBIMBING
  • Dekati murid – raih kepercayaan
  • Berikan perhatian dan keperluan yang tidak pernah didapati sebelum ini
  • Cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka 


CARA APLIKASI DISIPLIN ASERTIF

  • Jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini.
  • Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah.
  • Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. 
  • Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. 
  • Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
  • Mengorganisasi suatu perjumpaan dengan murid-murid
  • Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah, dan kemudian menyuruh mereka membawa balik rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka. 
  • Merancang program latihan asertif dan melaksanakannya dengan secepat mungkin. 
  • Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan. 
  • Mengggunakan pujian kedekatan dengan memuji murid sedekat dengan rakan sedarjah yang bertingkah laku buruk. 
  • Sekiranya murid baru yang tidak mengetahui tingkah laku dajah yang diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik darjah atau melalui main peranan untuk menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab
KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Kekuatan
Kelemahan
Memanfaatkan guru. Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbir, guru hanya perlu merujuk maklumat yang sedia ada untuk menangani masalah tingkah laku.
Kejayaan mencegah murid daripada melakukan salah laku tidak boleh dianggap keberkesanan program disiplin. Murid perlu diajar tentang kepentingan berkelakuan baik.
Tindakan ke atas tingkah laku murid dan bukan ke atas wataknya. Apabila peraturan dilanggar, guru kuatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif.
Mewujudkan persekitaran yang bersifat autoritarian di mana pelajar hanya akur kepada kehendak guru. Murid perlu bertanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul.



No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips