Pages

Monday 6 May 2013

PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH 

PENGENALAN

Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
1.  pelbagai dimensi
2.  serentak
3.  segera
4.  sukar diramal
5.  umum

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH

  • pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi
  • pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard,1990)
  • Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut:
  1. menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
  2. membentuk suasana pembelajaran yang positif
  3. menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
  4. menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
  5. meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
  6. mengurangkan masalah disiplin
  7. pengurusan rutin yang berkesan
  8. murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri
  • bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku.
  • faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:
  1. perancangan yang rapi
  2. guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka
  3. membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&p yang telah dilaksanakan
  • pengetahuan tentang keperluan murid-murid
  1. keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi)

Hierarki Keperluan Maslow
  • fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:
  1. memahami objektif pengajaran
  2. melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
  3. berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
  4. pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
  5. masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
  6. pengalaman kejayaan
  7. maklum balas yang tepat dan realistik
  • Pengurusan bilik darjah
  1. merancang
  2. mengelola
  3. mengawal
  4. membuat refleksi
  5. menjalinkan hubungan guru- murid
  • ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang dapat:
  1. menguruskan bilik darjah dengan berkesan
  2. membentuk suatu suasana
  3. agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik
  4. menggunakan masa p&p dengan efisien
  • tiga aspek yang dilihat:
  1. kualiti peribadi
  2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran
  3. penghayatan dan amalan nilai
  • guru yang efektif (mesra, peramah, penyanyang, tenang, jenaka, kreatif, spontan, fleksibel dll)
  • guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya usaha, tegar)

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips