Pages

Wednesday 8 May 2013

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

PENGENALAN

  • Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam pendidikan kita.
  • Namun terdapat murid yang berbeza perkembangan yang akhirnya menimbulkan beberapa masalah.
  • Kanak-kanak ini dikategori sebagai berkeperluan khas
  • Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam pendidikan kita.
  • Sebuah sekolah dan bilik darjah yang berkesan akan beri perhatian kepada perbezaan individu ini termasuklah kepada mereka yang berkeperluan khas.
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
  1. Terencat akal
  2. Masalah Sensori
    • Fizikal
      1. Cerebral Palsy
      2. Epilepsy (sawan)
      3. Muscular dystrophy
      4. Spina bifida
    • Penglihatan
    • Pendengaran
  3. Masalah Pembelajaran
    • Disleksia
    • Diskalkulia
    • Disgrafia
  4. Autistik
  5. Lewat Perkembangan
  6. Hiperaktif
  7. Masalah pintar Cerdas
  8. Masalah emosi dan tingkah laku
1. Terencat Akal

KLASIFIKASI TERENCAT AKAL
  • Dulu guna skala Intelligent Quotient (IQ) utk tentukan tahap ringan, sederhana, dan teruk.
  • Kini dikategorikan ikut jumlah sokongan yang diperlukan.
  • American Association of Mental Deficiency (AAMD) merujuk terencat akal sebagai batasan dalam fungsi intelek dan kemahiran-kemahiran penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri, kehidupan harian, sosial, kesihatan dan keselamatan, akademik, riadah, dan kerja. (Eggen & Kauchak, 2004)

CIRI-CIRI KANAK TERENCAT AKAL
  • Kadar pembelajaran yang rendah berbanding rakan lain.
  • Kemajuan dalam akademik agak terhad. Mungkin tidak dapat teruskan ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Sukar faham idea abstrak. Sentiasa perlukan something simple and concrete.
  • Sukar buat generalisasi.
  • Kemahiran berbahasa yang rendah berbanding kawan lain.
  • Kelemahan dalam pemindahan pelajaran (sukar aplikasikan).
  • Masalah ingatan lemah/singkat.
  • tunjuk tingkah laku yang kurang matang.

PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
  • Kadar pembelajaran yang rendah berbanding rakan lain. So, berikan lebih masa, buka ruang dan peluang yang lebih.
  • Sukar faham idea abstrak. Sentiasa perlukan something simple and concrete. Sukar buat generalisasi. Kemahiran berbahasa yang rendah berbanding kawan lain. Jadi, arahan perlulah ringkas tapi jelas, dan perlu dalam urutan kronologikal. Perlu juga guna pendekatan bawa objek/model instead of just belajar perkataan dan gambar sahaja.
  • Kelemahan dalam pemindahan pelajaran (sukar aplikasikan). Masalah ingatan lemah/singkat. Jadi, kemahiran baharu perlu sentiasa diulang dan dipraktikkan. Kemahiran itu juga perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil.
  • SEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

2. MASALAH SENSORI
  1. Fizikal
    1. Cerebral Palsy
      • ialah kecacatan yang libatkan disfungsi otak dan psikomotor.
      • disebabkan kecederaan pada otak sebelum atau semasa kelahiran, beri kesan pada koordinasi badan dan pergerakan.
      • Tidak bersifat progresif.
      • boleh berada pada peringkat sederhana (hanya bermasalah pada pergerakan.)
      • Boleh juga jadi serius contohnya kekejangan otot dan memungkinkan menghadapi masalah bahasa, pertuturan, penglihatan dan mungkin juga kerencatan akal.
    2. Muscular Dystrophy
      • ialah kelemahan dan kemerosotan sel-sel otot.
      • bersifat progresif. Murid akan menjadi semakin lemah dan akhirnya mungkin akan lumpuh.
      • Perlu diberi masa rehat disebabkan keadaannya yang mudah letih dan lemah.
      • Guru juga perlu sedia untuk bantu jika murid mula kehilangan fungsi psikomotor tertentu.
      • Lengkapkan diri dengan pengetahuan penggunaan kerusi roda, alat pendakap, serta ubat-ubatan.
    3. Spina Bifida
      • ialah ketidakupayaan disebabkan kecacatan pada tulang belakang.
      • Kecacatan ini disebabkan perkembangan fetal yang tidak normal.
      • Ada tiga kategori; spina bifida occulta, meningocele, dan myelomeningocele (paling serius; boleh lumpuh)
    4. Epilepsy (Sawan)
      • melibatkan serangan (seizure) atau pergerakan badan yang tersentak-sentak dan luar kawalan.
      • disebabkan aktiviti neurokimia yang tidak normal.
      • pada peringkat yang serius, serangan boleh berlaku sehingga beberapa minit, mengganggu pernafasan, melibatkan serangan pada sebahagian besar otak, hilang kawalan usus besar dan pundi kencing.
      • pada tahap yang rendah pula, hanya melibatkan sebahagian kecil otak, mungkin sukar dikesan, tetapi murid akan hilang fokus dan tidak memberikan respons kepada guru. Akhirnya mengganggu interaksi.
      • Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah sawan:
        1. Guru harus tenang dan meyakinkan murid tentang keadaan rakan mereka (murid yang sawan tersebut).
        2. sekiranya sawan pada tahap rendah, guru perlu kerap menyoal dan mengulang agar murid tersebut boleh ikut perkembangan bilik darjah.
        3. Ketika serangan, murid tersebut perlu diletakkan di atas lantai dengan kepala disendengkan ke tepi. Kain/selimut boleh diletakkan bawah kepala murid
        4. Alih semua objek bagi mengelakkan kecederaan.
        5. Jangan cuba halang pergerakan murid, tapi cuba untuk longgarkan tali pinggang, necktie, butang baju untuk mudahkan pernafasan. Jika masih tidak pulih untuk beberapa ketika, dapatkan bantuan perubatan.
  2. Penglihatan
    • Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah penglihatan
      1. Susunan bilik darjah perlu konsisten dan tidak berubah.
      2. Perabot/alatan tidak menghalang laluan atau diletakkan di tempat yang sesuai.
      3. Murid dibekalkan dengan bahan bacaan yang ada kualiti cetakan yang baik (large print/braille)
      4. Tempat duduk murid hampir dengan papan putih/LCD
      5. Galakkan murid guna komputer/pita rakaman
  3. Pendengaran
    • Ada 2; Separa pekak, dan pekak
    • separa pekak boleh berkomunikasi macam biasa dengan bantuan alat/lihat gerak bibir.
    • pekak didefinisikan sebagai kerosakan pendengaran yang menghalang seseorang daripada memproses maklumat linguistik walaupun dengan bantuan alat pendengaran.
    • Ada ciri-ciri tersebut:
      • menghadapkan sebelah telinga ke arah pengucap.
      • kegagalan mengikuti arahan.
      • kerap kali minta mengulang percakapan.
      • tidak memahami atau kerap timbul salah faham jika tidak melihat wajah pengucap.
      • kelihatan keliru dan kerap mengalihkan perhatian.
      • Pertuturan tidak lancar, ada masalah bahasa.
    • Pengurusan bilik darjah melibatkan murid masalah pendengaran:
      • Tempatkan mereka di hadapan.
      • memandang murid ketika beri arahan atau mengajar.
      • maklumat pengajaran disokong dengan visual.
      • maklumat penting/kata kunci ditulis di papan putih.
      • Latih lip reading/sign language
      • galakkan buddy system supaya rakan dapat membantu
      • penggunaan teknologi dalam p&p
      • Galakkan perkembangan sosial berlaku dalam kelas.
2. MASALAH PEMBELAJARAN
  • Antara masalah yang dihadapi ialah; membaca, menulis, mengira, dan berkomunikasi.
  • Membaca: baca "b" sebagai "d", masalah sebut huruf atau bunyikan huruf
  • Menulis: sukar jelaskan idea melalui penulisan, tidak dapat menulis apa yang disebut/dibaca
  • Mengira: keliru dengan simbol matematik
  • Komunikasi: respons yang lambat, sering guna bahasa mudah
  • Kesemua masalah di atas adalah bukan disebabkan oleh kerencatan akal tetapi berkaitan dengan masalah neurologi yang berkaitan dengan resepsi maklumat, memproses, menganalisa, mahupun menyimpan maklumat.
    1. Disleksia
      • Ialah masalah membaca
      • suatu keadaan yang menghalang seseorang memproses perkataan/imej yg dilihat dan menghantarnya ke otak.
      • tidak berkaitan dengan masalah penglihatan atau masalah kecerdasan.
      • contoh; lihat perkataan "ibu" tapi sebut "ubi"
      • boleh diatasi dengan kaedah mengajar yang betul
    2. Diskalkulia
      • kesukaran melaksanakan matematik.
      • Sering silap dalam mengira.
      • respons dalam menjawab juga sangat lambat.
    3. Disgrafia
      • terdiri daripada dua masalah; kesukaran menulis secara fizikal, dan tugasan kognitif seperti merakam teks
      • melibatkan kesukaran seperti tulisan yang lemah, masalah ejaan, tatabahasa.
  • pengurusan bilik darjah yang melibatkan masalah pembelajaran:
    • ajar murid cara belajar dan memproses maklumat.
    • beri maklum balas secara kerap.
    • libatkan mereka secara aktif dalam pembelajaran
    • sediakan bimbingan personal (eye to eye/1 to 1)
4. Autistik

KONSEP
  • autistik merupakan gangguan perkembangan yang mempengaruhi beberapa aspek bagaimana anak melihat dunia dan bagaimana belajar melalui pengalamannya. Anak-anak dengan gangguan autistik biasanya kurang dapat merasakan kontak sosial. Mereka cenderung menyendiri dan menghindari kontak dengan orang. Orang dianggap sebagai objek (benda) bukan sebagai subjek yang dapat berinteraksi dan berkomunikasi.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISTIK
  • Mengasingkan diri 
  • Enggan bercakap 
  • Kemahiran sosial dan komunikasi yang lemah 
  • Cenderung melakukan pergerakan badan yang berulang 
  • Suka benda yang bergerak 
  • Tidak suka perubahan dalam rutin
PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN AUTISTIK
  • Guru perlu menyediakan murid-murid lain untuk menerima kehadiran murid autistik 
  • Guru perlu menyediakan diri 
  • Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang berstruktur 
  • Persekitaran tempat mesti selamat 
  • Menggunakan strategi pengurusan tingkah laku 
  • Menyediakan kaedah pengajaran kumpulan kecil @ pengajaran individu bagi kanak-kanak 
  • Mendapat bantuan dan nasihat pakar
5. LEWAT PERKEMBANGAN

KONSEP
  • Kanak-kanak perkembangan lewat merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami masalah. Sebagai contohnya masalah proses pembelajaran, rendah daya pengubahsuaian tingkah laku, kurang berkesan dalam menjalani kehidupan secara berdikari, dan kurang menjalankan kewajipan sosial sesuai dengan peringkat umur mereka. 
  • umur kronologi mereka tidak sama dengan umur mental mereka. Contohnya, kanak-kanak yang berumur 12 tahun mungkin mempunyai IQ seperti kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Walau bagaimanapun, tahap mental kanak-kanak ini adalah berbeza antara satu sama lain.
CIRI-CIRI
  • Ketidakupayaan menggerakkan motor halus dengan baik 
  • Imbangan badan yang kurang 
  • Lemah menguasai bahasa 
  • Masalah interaksi sosial
INTERVENSI
  • Penggunaan teknologi 
  • Perubatan 
  • Fizikal terapi 
  • Makanan seimbang 
  • Perkhidmatan psikologi
6. HIPERAKTIF (ADHD)

KONSEP
  • Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif. 
  • Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri, sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders).
KATEGORI
  1. KESUKARAN MENGEKALKAN PERHATIAN
    • Mudah mengalihkan perhatian 
    • Kesukaran memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara 
    • Cepat berasa bosan terhadap sesuatu aktiviti 
    • Menghadapi masalah memproses maklumat 
    • Kesukaran mengikut arahan 
    • Sering lupa, kelihatan lembap, pemalu dan sentiasa berkhayal
  2. HIPERAKTIF
    • Sering meninggalkan tempat duduk 
    • Menunjukkan sikap resah 
    • Bergerak di sekitar kelas apabila murid-murid lain sedang siapkan tugasan 
    • Bergerak, menyentuh dan bermain dengan segala bahan yang kelihatan di bilik darjah 
    • Tidak boleh duduk diam 
    • Bercakap terlalu banyak
  3. IMPULSIF
    • Sikap tidak sabar 
    • Menyampuk semasa orang lain sedang berbual 
    • Memberi komen yang tidak sesuai 
    • Bertindak tanpa memikirkan kesannya
JENIS-JENIS ADHD
  1. TIDAK DAPAT BERI PERHATIAN
    • Tidak menimbulkan masalah dan bersifat pendiam
  2. HIPERAKTIF DAN IMPULSIF
    • Menunjukkan ciri-ciri hiperaktif dan impulsif tetapi kurang ciri-ciri tidak memberikan perhatian
  3. KOMBINASI/ GABUNGAN ADHD
    • Melibatkan ketiga-tiga ADHD iaitu masalah memberi perhatian, hiperaktif dan impulsif
PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN ADHD
  • Memberikan pertimbangan khas semasa memilih tempat duduk 
  • Memastikan murid ini jelas akan peraturan dalam bilik darjah 
  • Mewujudkan rutin dalam bilik darjah 
  • Memberikan murid ini arahan, tugasan atau masalah yang ringkas dan memberitahu kanak-kanak ini akibat sekiranya tugasan tersebut dilengkapkan 
  • Memberi peluang kepada anak murid untuk terlibat dalam aktiviti bilik darjah
7. PINTAR CERDAS

KONSEP
  • Jabatan Pendidikan United State (1993) = Indvidu yang dapat menunjukkan potensi pada tahap yang tinggi berbanding rakan sebaya yang lain.
  • Davis & Rimm = Gemar bekerja, tekun dalam menghadapi tugasan yg mencabar, dan sering bosan dengan kerja rutin
CARA MENGENALPASTI
  1. Sampel hasil tugasan
  2. Pandangan daripada guru dan pakar
  3. Prestasi akademik
MASALAH UTAMA
  1. Masalah penyesuaian
  2. Masalah kurang sabar
  3. Masalah sukar bekerjasama
CARA MEMBANTU
  1. Program ekspres
    • Beri peluang murid belajar ikut kadar kendirinya.
    • Pisahkan murid daripada rakan sekelas
    • Beri peluang murid bekerjasama dengan murid yang lebih tua
  2. Program Pengayaan
    • Aktiviti yang dapat beri kefahaman yang lebih terjadap sesuatu topik
    • Melibatkan pembelajaran kendiri
    • Aktiviti yg bersifat penyiasatan. Cth: projek, temuduga tulis laporan.
8. MASALAH TINGKAH LAKU DAN EMOSI

KONSEP
  • Mohd Nazar (1990) Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah
CIRI-CIRI
  1. Estim kendiri yang rendah 
  2. Hubungan interpersonal yang lemah 
  3. Masalah sosial negatif 
  4. Pencapaian akademik yang tidak menggalakkan/lemah 
  5. Masalah kerisauan
KATEGORI
  • QUAY & WERRY (1986)
    1. MASALAH KELAKUAN
      • SIKAP MENGINGKARI 
      • TIDAK SOPAN 
      • DESTRUKTIF 
      • DISRUPTIF 
      • MENGALIHKAN PERHATIAN 
      • CEMBURU
    2. KERISAUAN-PENARIKAN DIRI
      • KERISAUAN 
      • MENARIK DIRI 
      • ESTIM DIRI YG RENDAH
    3. KURANG MATANG
      • TIDAK RAMAI RAKAN
    4. MASALAH SOSIAL AGRESIF
      • PUNCA DR KELUARGA: KASAR DAN AGRESIF 
      • SERING BERGADUH 
      • MENCURI 
      • MEROSAKKAN HARTA BENDA
KESAN/AKIBAT
  1. Menjejaskan keupayaan interpersonal. 
  2. menjejaskn keupayaan belajar 
  3. Sentiasa kelihatan tidak bahagia dan murung 
  4. Menganggu perkembangan murid atau kehidupan sekitarnya
CARA MENGURUSKAN
  • Beri hukuman yang setimpal
  • Beri peneguhan positif
  • Maklumkan kepada murid tentang peraturan kelas dan ia perlu sesuai dengan umur murid
  • Ajar teknik pengurusan diri
  • Beri peluang kepada murid untuk membaiki kesilapan mereka
  • Guru berkerjasama dgn ibubapa dan kaunselor
SLAID PRESENTATION





Sambungan:




No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips