Pages

Tuesday 7 May 2013

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

PELOPOR
  • Jacob Kounin (1971), seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University 
FOKUS KAJIAN
  • Cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.
ASAS KEBERKESANAN
  • Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
5 ELEMEN PENTING
  1. Merangkumi semua (withiness) 
    • “Withiness” = kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa 
    • Cara guru menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. 
    • Contoh: guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun dia sedang mengajar kumpulan tertentu
  2. Bertindih (overlapping) 
    • Dapat menangani lebih daripada 1 situasi dengan serentak (overlapping – pertindanan)
    • Cth: ‘Aini terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Ida berhenti bercakap dan dengar jawapan Aini’.
  3. Kesan Gelombang (Ripple Effect) 
    • Teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid memberikan kesan kepada murid yang lain. 
    • Apabila guru memberi teguran kepada murid bermasalah pada masa yang sama, murid-murid lain akan mengambil iktibar, maka guru berjaya mengurus disiplin bilik darjah. 
    • Kounin mencadangkan, untuk kesan gelombang yang efektif, guru harus mempunyai 3 ciri semasa menjalankan tindakan disiplin. 
      1. Jelas 
        • Kounin: Teguran yang diberikan mestilah jelas. 
        • Guru perlu menegur secara spesifik tindakan yang perlu diperbetulkan, elakkan teguran secara umum. 
        • Guru boleh menegur dengan memberikan akibat salah laku tersebut.
      2. Tegas 
        • Dalam memberikan arahan, guru harus tegas dan bernada serius. 
        • Nada tonasi perlu tegas dan keras.
      3. Serius
        • Perlakuan nonverbal (mimik muka yang serius) membantu teguran atau tindakan disiplin dijalankan dengan berkesan
    • Untuk memastikan keberkesanan model ini, guru harus mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa. 
    • Jika timbul salah laku, guru perlu memilih masa yang sesuai untuk membuat teguran yang jelas, tegas dan serius terhadap pelaku salah laku tersebut.
    • Jangan melengahkan teguran, sebaiknya teguran diberikan pada masa kesalahan sedang dilakukan. 
    • Penting untuk guru memastikan punca salah laku.
  4. Kelancaran 
    • Aktiviti P&P yang tidak lancar, tertangguh,arahan yang tidak jelas menyumbang kepada masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
    • Kounin dengan jelas menyatakan, guru harus mengelak daripada tersekat-sekat dalam proses P&P, contohnya;
      • Pengajaran meleret-leret sehingga keluar daripada sukatan sebenar.
      • Memberikan arahan-arahan yang tidak wajar atau tidak difahami.
      • Selalu menukar-nukar tugasan.
    • Penyebab kepada gangguan kelancaran P&P adalah penerangan yang meleret dan fragmentasi
      • Dalam penerangan yang meleret, guru terus menerangkan dan mengulang perkara-perkara yang telah lama difahami oleh murid-murid. 
      • Fragmentasi, guru memecahkan kepada beberapa bahagian kecil dalam aktiviti-aktiviti P&P, sedangkan hal ini dapat dijalankan menyeluruh oleh murid.
    • Strategi mengawal tingkah laku pelajar: 
      • Murid sentiasa ada tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti P&P 
      • Strategi yang pelbagai untuk tarik perhatian dan capai objektif P&P. 
      • Guru dapat perhatian sepenuhnya sebelum memberi arahan atau penerangan.
  5. Momentum
    1. Keadaan
      • Guru memulakan pengajaran dgn menarik perhatian murid.
      • Meneruskan pengajaran dengan lancar.
      • Melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap.
      • Membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran hari itu secara berkesan.
      • Guru memastikan murid tidak bosan dengan pengajaran. 
    2. Aktiviti
      • Dikira dari aspek: 
        1. Minat 
        2. Kebolehan 
        3. Perkembangan Murid 
      • Aktiviti perlu mencabar & mencabar.
5 Elemen Penting

PENILAIAN TERHADAP MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN


KEKUATAN
KELEMAHAN
Fokus kepada pengurusan kelompok
Masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah sepenuhnya.
Tidak berunsur hukuman
Tetapi masih berlaku sebab Kounin tidak memfokuskan terhadap faktor-faktor diri murid.
Cthnya: latar belakang, masalah luar sekolah atau personaliti mereka.
Menitikberatkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran



No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips