Pages

Wednesday 8 May 2013

PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
  • Bilik darjah merupakan persekitaran yang unik 
  • Gabungan elemen fizikal, emosi dan sosial 
  • Bersifat multidimensi-murid menjalankan proses P&P 
  • Murid mempunyai perbezaan – matlamat , kebolehan, dan personaliti 
  • Ruang yang bersifat terbuka – Ramai yang boleh menilai aktiviti di dalamnya.
FAKTOR-FAKTOR MEMBENTUK PERSEKITARAN DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
  • Strategi berpusatkan murid – Penglibatan murid 
  • Susunan kelas – Membuka peluang murid 
  • Penggunaan ICT – Alat bantu mengajar 
  • Perancangan yang mantap -Pelan 
  • Peka dengan emosi dan personaliti murid – Bijak mengawal emosi
TEKNIK UTAMA MENGURUS, MERANCANG DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI
  • Kerjasama 
    • Kerjasama ahli 
    • Mengikut Doyle 1986 : Perkara utama ialah mendapatkan kerjasama murid 
    • Hubungan guru dan murid di bina – Dasar kepercayaan 
    • Contoh : 
      • Pemilihan bahan bantu mengajar 
      • Pemilihan jangkaan prestasi dan tingkah laku sesuai 
      • Objektif P&P 
      • Berbincang untuk melihat masalah yang bakal timbul 
      • Aktiviti /pengurusan yang dirancang –Membantu dan memastikan kelancaran P&P
MATLAMAT PENGURUSAN BILIK DARJAH
  • Matlamat utama : Mengekalkan persekitaran yang positif , kondusif dan produktif. 
    • Pengurusan masa 
      • Mencapai pengurusan bilik darjah 
      • Menurut Doyle 1983 : murid akan belajar apabila mereka mempraktikkan perkara yang di ajar dan apabila mereka mempunyai kemahiran berfikir yang baik. 
      • Masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran itu berlaku akan menentukan kualiti pembelajaran. 
      • Perancangan masa yang baik – memproses maklumat yang diterima , mengekalkan dalam ingatan serta mempraktikkan ilmu
    • Peluang pembelajaran 
      • Peluang pembelajaran perlu di agihkan rata kepada semua murid 
      • Setiap aktiviti mempunyai peraturan – kadangkala berlaku secara implisit 
      • Berliner (1983) – Guru dan murid sendiri secara tidak sedar sebenarnya mengikut peraturan-peraturan yang tertentu terhadap aktiviti-aktiviti yang berlainan. 
      • Guru perlu prihatin dengan masalah dan keperibadian murid. 
      • Penglibatan murid kurang – peluang pembelajaran terjejas. 
      • Cara: buka peluang kepada murid
    • Pengurusan kendiri 
      • Membantu murid – Kebolehan mengurus diri 
      • Kawalan kendiri (self control) – Bertanggungjawab 
      • Bertanggungjawab – Berdikari & memenuhi keperluan 
      • Membina sifat pengurusan kendiri 
        • Murid akan bermotivasi 
        • Bekerjasama 
        • Hubungan sosial yang baik 
      • Memerlukan motivasi intrinsik
MATLAMAT PENGURUSAN
  1. Suasana pembelajaran yang kondusif 
  2. Merancang masa dengan afektif 
  3. Pembelajaran berlaku dengan lancar --> Murid memproses maklumat – ingatan – praktik - aplikasi 
  4. Pengurusan bilik darah berjalan dengan baik

PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG POSITIF
  • Murid menjalani proses pembelajaran yang baik – Tenang, seronok,motivasi 
  • Faktor-faktor yang menjadikan Persekitaran bilik darjah disruptif 
    • Aktiviti P&P sukar – tidak mempunyai kebolehan & kemampuan 
    • Bosan – aktiviti terlampau mudah 
    • Keadaan bilik darjah – Fizikal tidak memberangsangkan 
    • Sikap guru – terlalu tegas/terlalu lembut
  • Mewujudkan persekitaran yang positif 
    • Rutin dan bilik darjah 
      • Rutin bilik darjah 
      • Cara untuk menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah 
      • Peraturan dan prosedur yang jelas 
      • Meliputi rutin pentadbiran, rutin pergerakan murid, rutin kekemasan bilik darjah, rutin tugasan , cara interaksi dan pergerakan di dalam bilik darjah – berbincang Guru-Murid
    • Peraturan
      • Jangkaan dan larangan di dalam bilik darjah 
      • Selaras dengan peraturan sekolah dan jelas – mudah difahami dan diterima 
      • Ditetapkan ,di tulis dan ditampal 
      • Contoh peraturan : 
        • Sopan – salam, terima kasih 
        • Hormati hak – kebenaran menggunakan barang 
        • Tolong-menolong – aktiviti 
        • Patuhi peraturan 
        • Kerjasama – gerak kerja kumpulan
    • Akibat 
      • Di nyatakan terhadap rutin dan peraturan yang tidak dipatuhi 
      • Akibat perlu di fikir teliti – menerima positif 
      • Contoh akibat : 
        • Menunjukkan rasa kecewa – luahan guru 
        • Tarik balik keistimewaan 
        • Dikeluarkan daripada kumpulan 
        • Menulis refleksi kesalahan 
        • Penahan 
        • Hantar ke bilik guru besar 
        • Hubungi ibu bapa
  • Perancangan ruang pembelajaran 
    • Menarik dan menyokong aktiviti pembelajaran 
    • Perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah 
      • Ruang persendirian 
      • Ruang kolaborasi 
      • Ruang alat bantu belajar kondusif 
      • Poster/kata-kata motivasi 
    • Melibatkan kedudukan kerusi dan meja 
    • Pengagihan kedudukan murid – aktif, bising, pasif
    • Pergerakan guru menyeluruh – Kelancaran proses pembelajaran 
    • Susunan kerusi meja tradisional 
      • Barisan - berdua/seorang 
      • Kelompok 
    • Panduan membina ruang 
      • Kenal pasti ruang 
      • Tempat penyimpanan alat bantu belajar – senang di ambil dan tersusun 
      • Bilik darjah bersih , nyaman 
      • Susunan peralatan – kedudukan Murid-Guru senang melihat 
      • Pilihan dan fleksibel – kedudukan murid untuk kerja individu/kumpulan
MENGEKALKAN PERSEKITARAN BERKESAN
  • Penglibatan murid 
    • Tanggung jawab kepada murid –laksana tugas 
    • Wujudkan semangat – seronok 
    • Rancang aktiviti P&P - penglibatan aktif murid , susunan aktiviti yang sistematik dan tersusun (tidak mempunyai peluang untuk melakukan kerja sendiri) 
    • Panduan : 
      • Peraturan dan arahan jelas 
      • Penerangan tugasan – cara pelaksanaan 
      • Memantau aktiviti/kerja murid – menyeluruh (mengesan kelemahan & kesilapan) 
      • Maklum balas kepada murid
  • Langkah Pencegahan 
    • Guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak –Keseluruhan kelas 
    • Murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka – Gerak kerja kumpulan 
    • Murid mempunyai tugasan sepanjang proses P&P 
    • Guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan – kepelbagaian dalam pengajaran
    • Panduan menangani : 
      • Kontak mata dan dekati – mengingati murid tentang kerja yang harus dilakukan 
      • Ingatan lisan 
      • Ingatkan murid tentang rutin dan peraturan yang telah ditetapkan 
      • Ingatkan kembali prosedur 
      • Nyatakan kembali rutin/peraturan yang harus diikuti oleh mereka 
      • Berhenti melakukan 
      • Beri pilihan
  • Komunikasi berkesan 
    • Mampu menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif 
    • Komunikasi berkesan berlaku apabila perkara disampaikan oleh guru di fahami dan dilakukan oleh murid 
    • Berlaku berbagai-bagai cara – lisan , pergerakan , ekspresi tubuh dan muka 
    • Guru harus menjadi pendengar yang aktif dan berempati – tidak memotong percakapan murid , tidak mengkritik
    • Mendengar aktif penting – seluruh deria terlibat 
    • Komponen semasa mendengar aktif 
      • Tumpukan perhatian – hindar rangsangan luar 
      • Perhatikan mesej – lisan dan bukan lisan 
      • Bezakan mesej – akademik dan bersifat emosi 
      • Membuat inferens – perasaan murid tanpa terburu 
    • Kesimpulan : Komunikasi berkesan berlaku apabila penyampai dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan difahami oleh penerima
CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
  • Suasana demokratik dalam bilik darjah – Tanggungjawab bersama antara guru dan murid 
  • Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator – Guru tahu kebolehan dan minat murid 
  • Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati – Hubungan terbina 
  • Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan – adil tanpa prejudis 
  • Guru menunjukkan contoh dan teladan yang baik – Tingkah laku guru diperhatikan murid
  • Jadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid – ceria , kemas, bersih 
  • Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid 
  • Pembelajaran berasaskan individu – Pencapaian individu 
  • Semangat kekitaan – Kerjasama dan tanggungjawab 
  • Komunikasi berkesan
LANGKAH-LANGKAH PENYELIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
  • Peranan penting untuk menentukan kejayaan bilik darjah 
  • Keberkesanan bilik darjah – Penglibatan murid 
  • Dua perkara utama dalam membuat perancangan 
    • Persekitaran pembelajaran – Membangunkan dan mengekalkan bilik darjah 
    • Komuniti murid yang diingini – cara mendidik dan mengasuh 
  • Elemen yang perlu dipertimbangkan 
    • Rancang – Corak pengajaran ,rutin , peraturan 
    • Susun – Mengikut keutamaan dan kepentingan 
    • Praktis – Latihan dan keterangan
  • Komponen pelan perancangan 
    • Komponen pengajaran 
      • Rancang 
        • Corak komunikasi yang digunakan – autoritik , demokratik/bebas 
        • Bagaimanakah mengetahui pengetahuan sedia ada murid /kesediaan belajar 
        • Corak dan strategi yang digunakan 
        • Bagaimanakah mendapatkan perjalanan pengajaran yang lancar
      • Susun 
        • Setiap perkara dirancang mengikut keutamaan – tetapkan kepentingan 
      • Praktik 
        • Terangkan kepada murid-murid rancangan pengajaran anda dan gaya mengajar anda mengikut keutamaan yang telah ditetapkan
PROSES MEMBINA PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
  • Komponen Pencegahan 
    •  Rancang 
      • Buat senarai rutin dan peraturan terbaik 
      • Tetapkan rutin tetap dan boleh bertolak ansur 
      • Bayangkan senario bagaimana anda akan latih murid menguasai rutin/peraturan tersebut 
      • Tuliskan langkah bagaimanakah untuk mengaplikasikan rutin tersebut 
    • Susun 
      • Rutin dan peraturan mengikut keutamaan 
    • Praktik 
      • Jalankan rutin dan peraturan yang telah dirancang 
      • Tampal rutin dan peraturan yang telah dibincangkan
  • Komponen Pembetulan 
    • Rancang 
      • Strategi pembetulan yang akan digunakan 
        • Strategi untuk tingkah laku mengganggu 
        • Strategi untuk mengawal tingkah laku 
        • Strategi untuk tingkah laku yang melampau 
      • Rancang strategi yang ringkas 
      • Tentukan akibat yang akan dikenakan 
    • Susun 
      • Strategi disusun mengikut komponen/kategori salah laku 
    • Praktik 
      • Bincangkan strategi dan akibat yang akan digunakan 
      • Murid mendapat mesej jelas – modifikasi tingkah laku
  • Komponen Persekitaran fizikal 
    •  Rancang 
      • Susun atur meja – Menyokong pembelajaran P&P 
      • Pelan susunan fleksibel – panduan diberikan 
      • Ruang – cara melibatkan murid 
      • Elemen kebersihan , keselamatan, udara dan cahaya 
    • Susun 
      • Perancangan memerlukan tindakan segera 
      • Perancangan yang ditetapkan guru dan perbincangan murid 
    • Praktik 
      • Perkenalkan susun atur kedudukan murid 
      • Tunjukkan cara penggunaan ruang 
      • Demonstrasi – penjagaan ruang yang betul

SLIDE PRESENTATION

No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips