Pages

Thursday 9 May 2013

Pengenalan Anatomi dan Fisiologi

Pengenalan Anatomi dan Fisiologi

KONSEP ASAS

Definisi Anatomi:
  • Anatomi ialah perkataan Greek yang bermaksud “memotong atau membelah anggota badan”.
  • Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia
  • Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. 
Jenis Anatomi:

  • ANATOMI KASAR/ MAKROSPIK
  • ANATOMI MIKROSPIK
  • ANATOMI PERKEMBANGAN
  • NEUROANATOMI
  • ANATOMI PERBANDINGAN 

Jenis-jenis Anatomi Kasar:

1) Anatomi kawasan (regional)
Semua struktur badan dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.
2) Anatomi bersistem (systemic)
Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubungkait antara struktur dan fungsinya.
3) Anatomi permukaan (surface)
Kajian ini melibatkan struktur – struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.
Definisi Fisiologi:

  • Fisiologi mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. 
SISTEM BADAN DAN FUNGSINYA
  1. Sistem Integumentari
    1. Komponen utama - kulit, rambut, dan kuku
    2. Fungsi utama:
      1. Pembalut luar tubuh 
      2. Melindungi dan mengelak kecederaan pada tisu –tisu dalaman. 
      3. Sintesis vitamin D. 
      4. Lokasi pengesan rasa. (sakit,tekanan,sejuk,panas dan sentuhan). 
      5. Lokasi kelenjar peluh dan kelenjar minyak. 
      6. Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral
  2. Sistem rangka
    1. Komponen utama - Tulang rangka, Kartilej, Ligamen, Sendi
    2. Fungsi Utama:
      1. Menyokong berat badan.
      2. Melindungi organ-organ lembut dalam tubuh seperti otak, saraf tunjang, jantung dan paru-paru.
  3. sistem otot
    1. Komponen Utama - Otot rangka, tendon
    2. Fungsi utama:
      1. Menghasilkan pergerakan lokomotor 
      2. menstabilkan sendi 
      3. Mengekalkan postur badan. 
      4. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel (tindak balas metabolisme) di dalam otot.
  4. sistem saraf
    1. Komponen utama - otak, saraf tunjang, saraf periferi, reseptor
    2. Fungsi utama:
      1. mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. 
      2. Menyimpan maklumat yang diterima. 
      3. Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh.
  5. sistem endokrina
    1. Komponen utama - kelenjar (tiroid, pituitari, adrenal, pineal, pankreas, timus, ovari, Testis)
    2. Fungsi utama:
      1. Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaraskan dan mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan,reproduktif dan kegunaan nutrient oleh sel-sel badan. 
      2. Mengubahsuai aktiviti sistem organ yang lain dengan bertindak balas secara perlahan.
  6. sistem kardiovaskular
    1. Komponen utama - jantung, darah, salur darah
    2. Fungsi utama:
      1. Jantung mengepam darah 
      2. Darah adalah pengangkutan utama badan dengan membawa hormone, nutrient dan oksigen keseluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori. 
      3. Salur darah menyerap oksigen dari paru –paru ke jantung secara resapan. 
      4. Salur darah adalah medium aliran darah ke seluruh badan 
  7. sistem limfatik
    1. Komponen utama - nodus limfa, pembuluh limfatik, diktus torasik, tosil
    2. Fungsi utama:
      1. Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan badan (imunisasi) dari jangkitan dan penyakit. 
      2. Menghasilkan limfosit. 
      3. Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati. 
      4. Mengangkut hasil pencernaan untuk diserap ke dalam lakteal.
  8. sistem respiratori
    1. Komponen utama - Rongga, hidung, farinks, trakea, bronkus, bronkiul, paru-paru
    2. Fungsi utama:
      1. Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida.
      2. Paru –paru sebagai lokasi pertukaran gas (resapan melalui dinding pundi –pundi udara) antara oksigen dengan karbon dioksida. 
      3. Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil. (homeostasis)
  9. sistem pencernaan
    1. Komponen utama - rongga mulut, esofagus, perut, usus besar, pankreas, usus kecil, rektum, anus
    2. Fungsi utama:
      1. Memecahkan makanan kepada unit-unit yang boleh diserap oleh darah (dalam bentuk nutrient) untuk diagihkan ke seluruh sel badan. 
      2. Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis.
  10. sistem urinari
    1. Komponen utama - ginjal, ureter, pundi kencing, uretra
    2. Fungsi utama:
      1. Menyingkirkan bahan – bahan kumuh nitrogen dari darah.
      2. Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia dalam badan
      3. Mengimbangkan paras asid dan alkali dalam darah.
  11. sistem reproduktif
    1. Komponen utama
      1. Perempuan - ovari, salur uterin (fallopio), uterus, vagina.
      2. lelaki - testis, penis, pundi prostat, skrotum.
    2. Fungsi Utama:
      1. Perempuan:
        1. Ovari menghasilkan telur dan hormon wanita. 
        2. Uterus adalah lokasi persenyawaan.
      2. Lelaki:
        1. Testis menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki
 




No comments:

Post a Comment

Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips